24 Apr 2013

heyyy heyyyy

Assalamualaikum hai hai ols... bertemu kembali setelah sekian lama aku menyepikan diri seketika.. Alhamdulillah sepanjang kesibukan melanda pelbagai masalah-masalah urusan dunia yang aku telah alami syukur aku masih mampu mengatasinya.. Dalam erti kata lain aku sebenarnya rindukan dunia alam maya di mana aku menulis setiap coretan dunia harian aku, kini ada masa terluang boleh lah aku membahagikan sedikit masa untuk tatapan bloger di sini.. hari ini genap 3 bulan 11 hari aku meniti hari-hari terakhir di kolej bagi semester pertama.. Aku akan bercuti panjang dalam tempoh seminggu lagi dan berharap masa kelapangan aku ini akan di isi sebaik mungkin ataupun akan menyibukkan diri dengan urusan keluarga.. eeeeeeeeeee tak sabarnya nak cuti hooorayyyy horayyyyyy... sepanjang belajar tanpa keluarga disisi banyak benda aku belajar seperti berdikari, urusan masa, dan mendisplinkan diri, al-maklumlah bila bersama insan-insan di sayangi gelaran " anak manja " tak lekang dari mulut orang hahahaha biasa la tu... Aku harap di masa akan datang aku akan dapat lalui detik manis pahit dan semuanya dengan penuh sabar dan syukur insyaALLAH semuanya akan stabil.. Banyakkan berdoa kepada yang maha Esa untuk memberi sedikit ketenangan walaupun ianya amat payah di lalui.. Akhir kata untuk malam ni moga anda diluar sana yang sedang membaca ketika ini berada dalam lindungan ALLAH swt.. Wassalam ;)