31 Jan 2013

Mini Novel

 Nur Farahin - Gadis yang periang berumur 21 tahun berasal dari Kuala Lumpur tapi masih mempunyai kesopanan melayunya walaupun dibesarkan di bandar ibu kota.. Masih menuntut di Kolej Komuniti Sabak Bernam tahun akhir jurusan Lukisan Senibina.. Anak manja Haji Mohsin ini mempunyai perwatakan yang menarik menyebabkan ramai jejaka di kampus cuba mendekatinya..

Muhammad Zarif Asyraf - Jejaka tampan yang berasal dari Johor Bharu yang sedang bekerja di Kuala Lumpur guaman firma milik ayah angkatnya iaitu Tan Sri Ahmad Tajuddin.. Beliau telah di tunangkan dengan Elisya anak ayah angkatnya yang sedang belajar di Melbourne Australia..

Pertemuan tanpa dirancang antara Nur Farahin dan Muhammad Zarif  Asyraf telah menemukan mereka di sebuah majlis kenduri sahabat baik masing-masing.. Najihah, teman rapat Farahin juga rakan sekampus adalah adik kepada Najmi rakan sekerja  Zarif.. Pertemuan mereka mengakibatkan pertelingkahan sering berlaku setiap kali bersua muka.. Apakah yang akan berlaku pada mereka ? Adakah Zarif gembira dengan pertunangan yang di buat oleh Tan Sri Ahmad Tajuddin ? Nantikan jalan cerita di dalam mini novel ini..

30 Jan 2013

Kenangan dalam ingatan

Assalamualaikum ols.. apa khabar pembaca setia ku disini.. harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.. Dah solat maghrib belum ? kalau belum pergi la solat dahulu yekk hihihi... lama sangat tak update blog ni haihhh kesibukan yang melanda kini menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa ku untuk menulis.. Alhamdulillah syukur aku kini telah pun melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku impian akhirnya penantian yang aku tunggu selama ini termakbul.. terima kasih kepada penyokong setiaku iaitu keluarga ku mama, ayah, along dan adik adalah tulang belakang yang memberikan sokongan padu walaupun pada awalnya agak berat mereka menerima keputusan yang aku buat.. Dan tak dilupakan juga insan yang istimewa yang sudi memberi motivasi diri juga inspirasi untuk ku walaupun berjauhan serta teman rapat yang tidak putus memberi semangat.. Sekarang  hampir menuju ke penghujung januari cepat masa berlalu pergi begitu saja.. Apa yang aku ingin kogsikan dimana keadaan keluarga ku iaitu ayah yang telah dimasukkan ke hospital pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.. Amat payah untuk aku lalui kerana keaadan yang tidak terkawal dan aku sibuk menguruskan kemasukan belajar manakala abangku sedang bercuti di luar negara.. Mama... banyak berkorban masa untuk ayah.. apa yang aku lihat siang dan malam mama menjaga ayah walaupun mama sebenarnya bekerja.. Kalau dahulu aku boleh bergilir-gilir menjaga ayah kerana aku masih lagi sedang cuti semester tapi pada ketika itu aku hanya dapat menjaga satu hari sahaja dalam keadaan kurang sihat.. Hari ini alhamdulillah ayah kembali pulih sedia kala dah boleh berjalan, driving, dan boleh makan macam orang lain.. Baru-baru ni kami sekeluarga pulang ke kampung dan ramai saudara mara yang hadir memeriahkan lagi kenduri tahlil, BBQ dan majlis bergambar beramai-ramai.. Alhamdulillah kami masih lagi boleh berkumpul walaupun bukan pada hari raya sahaja.. itu adalah kenangan terindah buat ku.. okay la sampai disini sahaja cerita yang ingin aku kongsikan insyaallah ada masa kita berjumpa lagi hanya di alam maya.. salam sayang Wassalam :)