6 Dec 2013

letihhhh seletihnyaaa

haiii morningss uolsss... hari ni agak sedih jugak la sebab 90% pakaian aku akan di bahagikan kepada yang memerlukan heikkheikkk.. haiyaa sapa  soh gemok kan da tak muat baju,, tapi sayang gak la berbungkus2 beg plastik aku packing tadi haihhh dah la semua baju baru santek santekk lagi hmmm takpe lah niat nak sedekat kat orang so kena la betul2 ikhlas kan hehe.. mata ni tak leh pejam lak yelah baru lepas mandi manda sojuk aayak malam ni gigelll satu badan nih haha.. okay la just nak update ni saje sian la tgk dear blog ni asik di tinggalkan sampai dah bersawang yekk dokk hahaha okey selamat malam daaaa ;))))

5 Dec 2013

Selamat Morning

Assalamualaikom morningsss semua :D.. Alhamdulillah masih lagi di panjangkan usia syukur aku mampu bernafas di muka bumi mu ini ya Allah.. Hmm macam biasa tiap-tiap malam aku akan tidur lewat mungkin dah menjadi kebiasaan al maklum lah menjadi seorang pelajar begini la rutin hariannya...Aku tak tahu kenapa aku tak boleh lelapkan mata haishhh kenapa la yekk walaupun aku cuba paksa mata ni untuk pejam seketika tapii... Takpe la mungkin dia nak aku menaip pepagi macam sekarang ni yelah lama sungguh aku tak menaip di teratak buruk yang tak seberapa ni i miss u sangat dear blog hehehe.. Sebenarnya aku sekarang ni sedang bercuti semester haishh tak tahu dah nak buat apa kat rumah ni selain pergi jalan-jalan dengan keluarga dan kawan-kawan.. Aku pun tak tahu apa yang aku cuba sampaikan dengan menaip disini hadoiiiii lucu betul la.. Tapi takpe tetiba aku rasa nak kongsikan cerita kisah peribadi aku sedikit erti kata lain aku nak kongsikan insan yang pernah singgah di hati ini.. Sungguh tatkala ini aku sedang memikirnya entah kenapa ???? walhal aku dah lama putuskan hubungan dan mengambil langkah untuk menjadi temannya saja. Mana mungkin ? dulu dok bercinta bagai nak rak alih-alih jadi kawan pulak isk isk isk macam tak logik je cerita aku ni.. Sedikit sebanyak aku sebenarnya menipu diri aku sendiri dan juga dia.. mulut kata lain hati kata lain hahaha biasa lah perempuan kan :D Walapupun aku sendiri yang minta putus tapi hati aku ini sentiasa ada dia tak tau la kenapa pandang orang lain pon tak mau dah.. itu lah penangan cinta pertama kan ? sekarang ni aku dengan kehidupan aku dan dia dengan kehidupan dia.. lama dia menyepi dan aku terus terusan menanti :) aku sedih sebenarnya bila bercerita atau teringat ingat tentang dia iskkk halusnya jiwa aku ni mudah terusik sensetip hihi.. Aku doakan dia bahagia bersama sesiapa saja moga dia bertemu jodoh tak lama lagi amin :) dan aku hanya mampu tersenyum dan terus mara ke hadapan tanpa mengundur kebelakang.. Assalamualaikom :)

3 Aug 2013

KAU LELAKI

Lelaki,
Tidak pernah ku kenali selama ini,
Dunia maya permulaan perkenalan kami,
Hanya sekadar teman jauh di mata dekat di hati,

Lelaki,
Perasaan halus ku datang tanpa ku sedari,
Kau membuat ku berada di dalam khayalan ku sendiri,
Kadang-kala aku berada di dalam keadaan berteka-teki,

Lelaki,
Aku menerima mu setulus hati,
Tanpa memikirkan darjat keturunan mu dulu hingga kini,
Sehingga aku lemas didalam bayangan mu sendiri.

Lelaki,
Perlahan-lahan kau mempermainkan perasaan ini,
Kau datang bila terasa sunyi,
Dan kau pergi bila leka dengan duniamu sendiri.

Lelaki,
Hati ku semakin pudar dan dingin,
Mengingati sikap dan tingkah laku mu setiap hari,
Dan terus menjauh dengan rela hati.

Lelaki,
Jika ini adalah suratan illahi,
Aku bersyukur kerna aku masih mampu menerima hakikat ini,
Lupakan la aku dalam ingatan mu setiap detik.

Lelaki,
Kau adalah yang pertama dan terakhir pernah aku miliki,
Untuk kembali kepadamu tidak mungkin lagi,
Kerna hati ku telah ku kunci rapi,
Dalam sujud  ku nama mu telah ku padami.


24 Apr 2013

heyyy heyyyy

Assalamualaikum hai hai ols... bertemu kembali setelah sekian lama aku menyepikan diri seketika.. Alhamdulillah sepanjang kesibukan melanda pelbagai masalah-masalah urusan dunia yang aku telah alami syukur aku masih mampu mengatasinya.. Dalam erti kata lain aku sebenarnya rindukan dunia alam maya di mana aku menulis setiap coretan dunia harian aku, kini ada masa terluang boleh lah aku membahagikan sedikit masa untuk tatapan bloger di sini.. hari ini genap 3 bulan 11 hari aku meniti hari-hari terakhir di kolej bagi semester pertama.. Aku akan bercuti panjang dalam tempoh seminggu lagi dan berharap masa kelapangan aku ini akan di isi sebaik mungkin ataupun akan menyibukkan diri dengan urusan keluarga.. eeeeeeeeeee tak sabarnya nak cuti hooorayyyy horayyyyyy... sepanjang belajar tanpa keluarga disisi banyak benda aku belajar seperti berdikari, urusan masa, dan mendisplinkan diri, al-maklumlah bila bersama insan-insan di sayangi gelaran " anak manja " tak lekang dari mulut orang hahahaha biasa la tu... Aku harap di masa akan datang aku akan dapat lalui detik manis pahit dan semuanya dengan penuh sabar dan syukur insyaALLAH semuanya akan stabil.. Banyakkan berdoa kepada yang maha Esa untuk memberi sedikit ketenangan walaupun ianya amat payah di lalui.. Akhir kata untuk malam ni moga anda diluar sana yang sedang membaca ketika ini berada dalam lindungan ALLAH swt.. Wassalam ;)

4 Feb 2013

...

Kepercayaan yang ku beri perlahan-lahan membuat ku sangsi.. Perasaan yang ku beri perlahan-lahan pergi.. Buntu, serabut, juga keliru dengan apa yang aku rasa kini.. Yang mana harus aku lalui dahulu kegembiraan atau kesedihan ?... Aku merasakan dirimu makin menjauh..Perlahan-lahan kau datang, kemudian pergi tanpa khabar berita.. Bebaskan la aku dari sangkarmu, berilah ruang pada diriku untuk membuat pilihan kerna aku ingin kembali bebas seperti dahulu.. Dan tak mungkin aku akan kembali kepadamu.. PASTI..

31 Jan 2013

Mini Novel

 Nur Farahin - Gadis yang periang berumur 21 tahun berasal dari Kuala Lumpur tapi masih mempunyai kesopanan melayunya walaupun dibesarkan di bandar ibu kota.. Masih menuntut di Kolej Komuniti Sabak Bernam tahun akhir jurusan Lukisan Senibina.. Anak manja Haji Mohsin ini mempunyai perwatakan yang menarik menyebabkan ramai jejaka di kampus cuba mendekatinya..

Muhammad Zarif Asyraf - Jejaka tampan yang berasal dari Johor Bharu yang sedang bekerja di Kuala Lumpur guaman firma milik ayah angkatnya iaitu Tan Sri Ahmad Tajuddin.. Beliau telah di tunangkan dengan Elisya anak ayah angkatnya yang sedang belajar di Melbourne Australia..

Pertemuan tanpa dirancang antara Nur Farahin dan Muhammad Zarif  Asyraf telah menemukan mereka di sebuah majlis kenduri sahabat baik masing-masing.. Najihah, teman rapat Farahin juga rakan sekampus adalah adik kepada Najmi rakan sekerja  Zarif.. Pertemuan mereka mengakibatkan pertelingkahan sering berlaku setiap kali bersua muka.. Apakah yang akan berlaku pada mereka ? Adakah Zarif gembira dengan pertunangan yang di buat oleh Tan Sri Ahmad Tajuddin ? Nantikan jalan cerita di dalam mini novel ini..

30 Jan 2013

Kenangan dalam ingatan

Assalamualaikum ols.. apa khabar pembaca setia ku disini.. harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.. Dah solat maghrib belum ? kalau belum pergi la solat dahulu yekk hihihi... lama sangat tak update blog ni haihhh kesibukan yang melanda kini menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa ku untuk menulis.. Alhamdulillah syukur aku kini telah pun melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku impian akhirnya penantian yang aku tunggu selama ini termakbul.. terima kasih kepada penyokong setiaku iaitu keluarga ku mama, ayah, along dan adik adalah tulang belakang yang memberikan sokongan padu walaupun pada awalnya agak berat mereka menerima keputusan yang aku buat.. Dan tak dilupakan juga insan yang istimewa yang sudi memberi motivasi diri juga inspirasi untuk ku walaupun berjauhan serta teman rapat yang tidak putus memberi semangat.. Sekarang  hampir menuju ke penghujung januari cepat masa berlalu pergi begitu saja.. Apa yang aku ingin kogsikan dimana keadaan keluarga ku iaitu ayah yang telah dimasukkan ke hospital pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.. Amat payah untuk aku lalui kerana keaadan yang tidak terkawal dan aku sibuk menguruskan kemasukan belajar manakala abangku sedang bercuti di luar negara.. Mama... banyak berkorban masa untuk ayah.. apa yang aku lihat siang dan malam mama menjaga ayah walaupun mama sebenarnya bekerja.. Kalau dahulu aku boleh bergilir-gilir menjaga ayah kerana aku masih lagi sedang cuti semester tapi pada ketika itu aku hanya dapat menjaga satu hari sahaja dalam keadaan kurang sihat.. Hari ini alhamdulillah ayah kembali pulih sedia kala dah boleh berjalan, driving, dan boleh makan macam orang lain.. Baru-baru ni kami sekeluarga pulang ke kampung dan ramai saudara mara yang hadir memeriahkan lagi kenduri tahlil, BBQ dan majlis bergambar beramai-ramai.. Alhamdulillah kami masih lagi boleh berkumpul walaupun bukan pada hari raya sahaja.. itu adalah kenangan terindah buat ku.. okay la sampai disini sahaja cerita yang ingin aku kongsikan insyaallah ada masa kita berjumpa lagi hanya di alam maya.. salam sayang Wassalam :)

27 Dec 2012

Assalamualaikum ols hai hai hai rasanya dah beberapa hari aku tak update blog ni alahai kesian sungguh.. Hehe agak kebizian melanda ketika ini dengan menyelesaikan proses masok belajar lagi jadi banyak benda aku kena buat dalam satu masa haha online-online pon setakat melalui blackberry burok aku tu je lah.. Haishh minggu ni adalah minggu yang memenatkan aku yelah dok ulang alik ke hospital sana sini pergi sana buat surat itu ini aduhhh amat melecehkan pada aku.. Tapi untuk belajar punya pasal aku sanggup buat apa saja cewahhhhhhhhhhhhhhhh hahaha.. okay sedang aku sibuk dengan urusan aku ni tak sangka pulak ada ole-ole from my mommm.. mama kita beli baju la hantekkkk hileeeee... nak tengok ? hehehehe no problemo..








22 Dec 2012

Peringatan Untuk Kaum Hawa




pada aku tak salah kalau nak letak gambar dalam facebook ke apa ke tapi korang private kan la gamab-gambar tu then korang sendiri je la tengok hahahaha, sebab aku sendiri pon buat macam tu.. tapi nak elak dari di ketahui umum jangan letak langsung la.. dan paling senang dan mudah tak payah berlaman sosial di internet.. dok hadap tv  je la yekk..

@UstAzhar_Idrus Twitter


" TUTUP AURAT, TAPI  GAYA MENGGODA, INI DIHARAMKAN. ISTILAH INI DIPANGGIL TERGEDIK-GEDIK. "
- USTAZ AZHAR IDRUS -


21 Dec 2012

wink*wink




nampak tak gambar-gambar tadi... hahaha aku aim tiga shawl tu until june 2013 kuikuikui..masih mengumpul wang ringgit untuk membeli mende tuh.. motipnya kan cousin kita nak kawen laa so kita mo la pakai hantekkk-hantekkkk hewhewhew.. nice but simple then taklah terlalu crowded sangat blink-blink tu kan heeee yang paling penting sesapa pakai pon nampak sopan gitu cewahhh...
 i love RADIUSITE !!! 

G A D G E T

Sedia maklum ramai rakyat malaysia dah tahu mengenai gadget seperti Blackberry, Ipad, Iphone, Tablet, Android dan sebagainya telah pon di miliki ramai dan kini ada juga yang di klon kan dari produk asal.. Hmm motif sekarang ni adakah function sama atau banyak kekurangan dan kelebihan yang ada dalam contoh gambar di bawah ni..

contoh :-

 NOTE 2 CLONE

  SAMSUNG NOTE 2 ORIGINAL


PEMBERITAHUAN !!!

Inginkan smartphone yang membolehkan anda menaik taraf produktiviti anda? Dapatkan Samsung Galaxy Note II segera dari U Mobile dengan harga serendah RM899!

klik - http://u.com.my/phone-deals/samsung-galaxy-note-2

Nak tahu lebih detail lagi baik pergi tanya customer service U mobile  bukan apa kekadang banyak penjualan tipu barang yang di jual bukannya Ori set tapi A.P set, pastu harga pakej dengan kontrak u mobile 2 tahun hmm biasa lah benda-benda macam ni maxis, celcom selalu sangat buat hahahahaha.. So to users out there don't be easily deceived with sale online internet.. Alert okay ;))






20 Dec 2012

Impian terlaksana ?

Assalamualaikum ols hai hai dan hai... heuheuheu rasanya lama sangat aku tak berbloging dan menaip kat ruangan usang ni.. haihh biasalah kekadang bz dengan urusan kerja luar dan kekadang sengaja membzkan diri dengan hal-hal yang tak berkaitan.. Sebenarnya aku pon tatau nak kongsi apa dengan korang yang tengah dok baca post aku kali ni aduhai lama tak menaip takda pulak idea mai patotnya belambak-lambak la idea aku kannnnn coiiihhhh.. Tak kisah la apa-apa pon aku happy dengan apa yang aku capai sekarang ni walaupon, pada aku kekadang tu ada kekurangan yang tak dapat aku nak perbaiki adat lah kan manusia mana pernah sempurna.. Dan akhirrrrrrnyaaaaa tercapai sudah untuk aku terus menceburi bidang yang aku impikan selama ni.. Ternyata aku ni lebih kepada dunia seni wahhhh macam retissss kauuuuuu mata kehkehkeh... Halo-halo ni bukan dunia seni yang plakon penyanyi bagai tuhh tapi aku dapat teruskan bidang melukis aku tak kisah la walaupon hanya seorang pelukis biasa-biasa tapi aku lukis " BUILDING " tauuu !!! engkauuu adoooo ??? muahahha amboihhh riakk takburr kau mata iskkkiskkkiskkk... Okay-okay tak-tak biasa-biasa saja baru belajar tentang tuh kalau zaman sekolah stakat lukis kat sketch book tu je la tah pape tah yang aku lukis.. Haihhhhh sedih pulak bila teringah sketch book lama aku tuh dah hilang kemana la aku letak haiiyaaaaa... Jadi kepada korang di luar sana jangan nak ikot sangat kata orang lain tentang apa yang korang nak buat tapi kalau ada nasihat tu dengar-dengar lah.. Apa-apa pon teroskan impian korang, lakukan apa yang korang suka dan paling penting itu adalah minat !!! Susah kalau kita nak buat sesuatu kerana terpaksa nanti tak menjadi la hasilnya.. Yang paling penting banyakkan berdoa kepada ALLAH swt mintak petunjuk dariNya dan juga restu keluarga walaupon kekadang mereka sebenarnya tak suka tapi lama-lama suka lah kannnn hahahahaha... Dan untuk adik-adik akakkkk yang sedang sekolah tu belajar rajin-rajin elok-elok okay nanti bila dah habis sekolah dapat result excellent senang korang nanti.. Percayalah takk tipu punyaaaaa... Tapi kalau kita gagal sekali tak bermakna kita gagal berkali-kali dan kadang-kadang orang-orang yang gagal itu lah lebih berjaya dari yang bijak pandai hehehehehe lumrah manusia... Jumpa lagi salam sayang dan jaga diri hiasi peribadi Assalamualaikum ols dadai.... xoxo

25 Sept 2012

Doa

Assalamualaikum ols  hiihi pepagi ni mata nak share satu doa hapuskan dosa untuk ibubapa kita juga untuk diri kita sendiri insyaallah... Sebenarnya doa ni mata terdengar dalam racangan TANYALAH USTAZ di TV9... Topik yang dibualkan mengenai ibu mertua, ada seorang makcik ni bertanya bagaimanakah nasib menantu yang selalu di caci dan tidak dianggap sebagai menantu tetapi ketika ibu mertuanya sedang sakit dia la yang menjaga ibu mertuanya... Lalu ustaz itu berkata hanya dengan berdoa kepada allah :-

" ALLAHHUMMA FIRLANA WALANA " untuk si ibu...

" ALLAHHUMMA FIRLANA WALAHU  " untuk si bapa...

" ALLAHHUMMA FIRLANA WALAHUM " untuk kedua ibubapa...

Amalkan doa ini sebanyak 1000x insyallah... walaupun doa ini untuk kedua mertua kita tetapi ia juga boleh digunakan untuk kedua ibubapa kita sendiri insyaallah moga allah perkenankan.. Bagi keluarga yang mungkin mengalami masalah penyakit saka,sihir,ilmu hitam doa ini juga boleh di gunakan.. Subhannallah Allah itu maha besar dengan segala doa-doa yang kita amalkan insyallah ALLAH swt akan makbulkan.. Kita sebagai manusia hanya perlu bersabar dengan dugaan yang diberi olehNya..

p/s : peringatan untuk diri sendiri ;))

24 Sept 2012

[ost akasia kau yang terindah] teuku wisnu & shireen sunkar-cinta kita

D I A ?

aku merasakan DIA hilang dari ku...
aku merasakan DIA pergi meninggalkan ku...
aku merasakan DIA menjauh dari pandangan ku...
aku merasakan DIA berubah laku kerana ku...

hati ku kadang kala terusik
mengapa jiwa ku halus sebegini
adakah kerana perubahan pada diri ku sendiri
atau kerana aku mudah tersentuh hati

perasaan ini hadir tanpa ku pinta
makin lama aku mengelak
makin mendekat DIA kepada ku
makin hadir la DIA di dalam hati ku

wahai insan yang ku sayang
apakah perasaan yang ku rasakan ini
kadang kala aku merasakan diri ku tidak di perhatikan
kadang kala aku merasakan diri ku tidak di perlukan

bayangan mu peneman tidur ku
suara mu pengubat rindu ku
telatah mu menggembirakan hati ku
segala mengenai diri mu menjadi kemanisan buat ku

jika burung terlepas dari sangkarnya mana mungkin DIA kembali pulang


 Si gadismata...

S E N T A P

Assalamualaikum ols ehemmmmm ehemmm morningsss aikk belom tido ke ? kenapa ? mengapa ? sebab apa ? HAHA.. Mata sebenarnya da fedup toi buat blog ni abes da adjust macam-macam tak menjadi jugak.. Jadi hasilnya sebegini la gamaknya hodoi toi ! kenyataan pon kan.. Haihh tengokkk keluar sudah keluhan yang tak berapa nak nampak sangat ni lotihhh la camni.. Terima kasih la pada hamba-hamba ALLAH yang sudi menolong mata ni HAHAHAHAHAHA kesian je dorang tak pasai je jadi cikgu tak bergaji.. MALAS nak touch-up lelebih MALAS nak buat cecantik MALAS nak adjust itu ini maka ini la hasilnya amekkkkkkkkk kau ! Okay sentap ! dadai ols

22 Sept 2012

W H Y

Untuk si jejaka yang mungkin tertanya-tanya mengapa wanita selalu marah atau pon mudah marah ? hurmmm mata juga bersependapat dengan post entry kali ini.. should i'm explain ?

click this link ---> /http://www.blogammar.com/kenapa-wanita-suka-marah-marah/

updating !

Assalamualaikum ols hai selamat sore my gengss heee... Takda tujuan cuma tatau nak buat apa ketika ini mata hanya ingin bercerita mengenai apa rutin harian mata selain studiiiiiiii.. Memandangkan cuti semester yang panjang kali ini mata hanya sibukkan diri di rumah dan bersama family sahaja.. Famlily adalah segalanya am i right ? okay kadang-kadang mata sibukkan diri berchatting di laman sosial haha itu juga peneman harian mata.. Lately ni mata jarang keluar jenjalan bersama kawan-kawan sebab terlalu malas dan takda mood sebenarnya.. (Haha korang jangan mogok gan aku tauuuuuukkkkk !) Memandangkan kita baru je habis raya seminggu yang lepas mata nak mintak maaf andai ada kesilapan salah dan silap sepanjang tempoh perkenalan kita selama ini haha maaf la lambat bebenorr wishesnyaa haishhh salam aidilfitri uolsss... Selain bersantai di rumah mata ada juga keluar holidays with family haaaa mata sentiasa keluar dengan family saja lebih selamat bukannn ? mata ada jugak ke negeri timur negeri wakaf che yeh hom saim2 kito la demo nim hahaha.. Dannn untuk pengetahuan anda-anda di luar sana mata juga adalah salah seorang DJ di radio KaryaFM maybe kalau korang yang sedang masok ke blog mata ni sure pasan kan hehe.. Yeah itulah kerja free yang mata suka buat, selain hiburkan pendengar dengan celoteh kita haha ada ke peminat ni aouaouaou malunyerr kita iskkkk dengarkan di www.karyafm.my layannnn... Thanksss pada krew-krew DJ di sana yang sporting abes anda kini family baru mata wahhhhh sangat teruja aisemennn... Seronok je cerita yang happy-happy ada juga cerita sedih yang mata nak kongsikan di mana ayah mata sakit sejak 2,3bulan lepas sampai la sekarang.. Anda di luar sana juga gengsss terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan ayah mata dan juga terima kasih kepada yang sudi melawat di hospital kelmarin.. Ayah mata adalah insan yang paling mata sayang dan rapat sekali tanpa beliau mungkin mata hurmmm.... Okay takmo sedih-sedih hopefully everything its allright aminn Thank You ALLAH =)).. Insyaallah mata akan mula jinak-jinak kan diri dengan meluangkan masa disini untuk berkongsi cerita bersama kenalan yang lain upsss to my love i miss you everyday hikhikhik ;)) Wassalam dadai ols =,=

7 Feb 2012

salam maulidur rasul

Assalamualaikum ols.. alhamdulillah masih berjumpa lagi disini.. terlebih dahulu mata ingin mengucapkan salam maulidur rasul buat kesemua umat islam di serata tempat.. haishhh pejam celik pejam celik dah masok bulan febuari da kan.. alahai sekejap sangat masa berlalu.. apa plan hari ni ?? hmm bz bz dan bz.. banyak sangat kerja yang harus disiapkan.. ingatkan cuti empat hari boleh la dok relex2.. hampeh tol la ngee.. ishh tengokkkk jam da pukol sebelas lebih da.. ishhh masa betol2 mencemburui kita la nampaknya.. baru je nak beramah mesra gan uols semua.. hehe  tapi apa kan daya.. uiceh tak boleh blah tol la.. ngeee okay semua sebelom tu mata harap kesemua kawan2 sihat walafiat dan bergembira dengan insan yang tersayang..  jangan la berduka lara kerna ia akan merosakkan mood harian anda kelak..  cicicicici orite selamat tinggal kawan2 panjang umor ada masa mata akan bercerita lagi.. dadaiiii